BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 16, 2011

Hadith-hadith


Assalamualaikum Warahmatullah. Sabda Rasulullah SAW: إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيْكَةِ فَاسْأَلُوا اللهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيْقَ الْحِمَارِ فَتَعَوَّذُوْا بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا Maksudnya: Apabila kamu sekalian mendengar ayam jantan berkokok, mohonlah rahmat Allah SWT kerana ia sedang melihat Malaikat. Tapi apabila engkau mendengar keldai berbunyi (suaranya), mintalah perlindungan kepada Allah SWT dari gangguan syaitan kerana sesungguhnya ia melihat syaitan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Wallahualam.


Ada satu doa ketika mendengar kokokan ayam.. maksudnya; "Ya Allah, Berikanlah aku rahmat."(HR Bukhari dan Muslim) Keterangan: Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: "Bila kamu sekalian mendengar ayam berkokok, mohonlah rahmat Allah, kerana ayam tersebut sedang melihat Malaikat." Doa ini dianjurkan kerana ayam salah satu makhluk Allah yang diberi firasat oleh Allah untuk mengenali kedatangan Malaikat. Dengan kokokan tersebut kita dapat memanfaatkan waktu tersebut untuk memohon kebaikan kepada Allah... wallahualam.. selama ini anda tahu tentang doa ini?? selamat beramal....



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Dari Abu Dzar r.a katanya: “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Adakah anda melihat Allah?” Jawab baginda: “Dia Maha Cahaya, bagaimana aku dapat melihatnya?”
(Muslim)
Huraian:
Terkadang manusia merasa bahawa matanya dapat melihat segala-galanya dan lupa bahawa mata itu terbatas dan amat peka untuk mengalami kerosakan. Seperti Bani Israil yang pernah meminta syarat untuk beriman kepada Allah dan rasul-Nya.
“Dan ingatlah , ketika kamu berkata : “Hai Musa, kami tidak akan beriman kepada mu sebelum kami melihat Allah dengan terang , kerana itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya (al-Baqarah : 55) Nabi Musa pula pernah meminta kepada Allah. “Berkatalah Musa : Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku (Zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatmu” Allah berfirman :” Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada pada tempatnya (seperti sediakala) nescaya engkau akan dapat melihat Ku .” Tatkala Allah (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka), “Tajalli-Nya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata :” Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku) aku bertaubat kepada-Mu dan akulah orang yang pertama beriman pada zamanku.” (al- A’raaf :143) Semoga kita dapat menggunakan mata kita ini untuk mengakui Kebesaran dan Kekuasaan Pencipta.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. “Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”
Riwayat al-Bukhari
Huraian:

  • Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang yang alim untuk membentuk peribadinya.
  • Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa agar iman dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T semakin meningkat.
  • Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya.
  • Sesuatu persoalan atau wasiat yang memerlukan jawapan daripada seseorang, janganlah diminta secara mendesak atau menunjukkan kemarahan, tetapi hendaklah menggunakan tutur kata yang baik, bersopan dan sabar.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

TEMAN PALING SETIA

 Dari Anas Bin Malik Radhiallahu anhu, Rasulullah S.A.W bersabda: '' Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua di antaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan harta kembali, sedangkan amalannya akan tetap setia bersamanya.'' ~ Hadith Riwayat Bukhary & Muslim~

* * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sabda Nabi SAW: " Perhatikan! Sesungguhnya di dalam jasad/badan seseorang itu ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh anggota badan. Ketahuilah, itulah yang dikatakan Hati "
~ Hadith Riwayat Bukhari & Muslim ~


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Firman Allah S.W.T: '' Pada hari itu (Hari Qiamat) sudah tidak berguna/bermanfaat lagi harta benda dan anak-pinak, kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sihat (bersih) ~ Surah Asy-Syu'ara Ayat 88-89 ~

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  * * *

  Sabda Nabi S.A.W, '' Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni Neraka pada Hari Qiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat seksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paing ringan seksaannya ''. ~ Hadith Riwayat Bukhari & Muslim ~

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

‎'' Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya '' ~ Surah Al-Maaidah Ayat 2 ~

* * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

‎'' Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal '' ~ Surah Al-Anfaal Ayat 2 ~

0 comments: