BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 21, 2011

Alasan Untuk Berdosa


"Aku dah usaha tinggal dah, tapi tak mampu. Nak buat macam mana?"

"Tak boleh bai, aku ni lemah dengan godaan. Nafsu kuat sangat. Tu yang tak boleh tinggal benda-benda ni"
"Allah dah takdirkan aku camni. Aku nak buat camna. Dah tertulis di lauh mahfuz aku ni buat maksiat-maksiat ni. Takdir aku memang begini"
Itulah dia antara alasan yang sering didengari. Mungkin kita tidak pernah mendengarnya daripada mulut orang lain.
Tetapi kita mendengarnya daripada hati kita sendiri.
Ya. Kita memberikan alasan, untuk membenarkan kita melakukan dosa, keingkaran kepada Allah SWT.
Kita tunjukkan pada ketidak mampuan kita, kita katakan ia adalah punca godaan yang datang, malah adakalanya kita meletakkan perkara ini atas takdir Allah dan menyatakan ini semua susunan-Nya.
Inilah alasan-alasan kita.
Alasan untuk berdosa. Benarkah ia satu alasan yang melepaskan kita dari azab seksa-Nya?
Kita Yang Memilih Untuk Lemah
Dalam mengharungi kehidupan, sememangnya manusia akan bertemu dengan cabaran dan dugaan. Halangan demi halangan akan wujud untuk menguji insan.
Ujian ini adalah untuk melihat dari kalangan manusia ini, yang manakah yang terbaik amalannya, yang manakah yang layak menerima rahmat Allah dan memasuki syurga-Nya.
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" - Surah Al-Mulk ayat 2.
Maka sudah menjadi lumrah bahawa dalam kehidupan ada ujian.
Justeru apakah alasan tidak mampu?
Hakikatnya, semua manusia mampu melepasi ujian yang Allah sediakan. Allah SWT telah berjanji bahawa, setiap ujian yang ditimpakan ke atas diri manusia itu, berada dalam lingkungan kemampuannya.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." - Surah Al-Baqarah ayat 286.
Jadi, bagaimanakah boleh tidak mampu?
Jawapannya adalah, kita yang memilih untuk lemah. Kita yang memilih untuk tidak mengharungi cabaran dengan bersungguh-sungguh. Kita memilih untuk tidak berusaha hingga ke akhirnya.
Kita memilih untuk tunduk dan menerima kegagalan, lantas redha dengan kemaksiatan yang kita lakukan.
Perhatikan betul-betul di dalam jiwa kita. Benarkah kita tidak mampu? Atau kita yang memilih untuk tunduk kepada kerosakan?
Takdir Allahlah Yang Silap?
Menuding kepada Allah dan menyalahkan-Nya atas dosa-dosa yang kita lakukan adalah satu jenayah yang besar. Itu tandanya keimanan di dalam jiwa sudah terkoyak dan rosak.
"Kenapa Allah benarkan aku buat dosa?" Kita akan bertanya-tanya.
Tetapi siapa yang memilih untuk melakukan dosa? Siapa yang bergerak untuk melakukan dosa? Siapakah?
Kita.
Ketahuilah di dalam kehidupan ini, Allah berikan manusia satu perkara yang besar bernama IKHTIAR, pilihan, untuk manusia memilih sendiri antara yang buruk atau yang baik. Maka terletak di tangan kita untuk bergerak ke arah mana.
Dan setiap arah yang kita ambil, kita perlu sedar, ada konsikuensinya.
"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)" - Surah Al-Baqarah ayat 256.
Di zaman Umar Al-Khattab RA, ada seorang lelaki mencuri. Bila ditanya mengapa dia mencuri, lelaki itu menjawab: "Aku mencari kerana, Allah telah mentakdirkan aku mencuri"
Saidina Umar menyuruh lelaki itu dipotong tangannya, dan disebat 40 kali.
Sahabat-sahabat terkejut dengan hukuman itu. "Wahai Umar, hukum untuk mencuri hanyalah potong tangan. Mengapa ditambah dengan 40 sebatan?"
"Potong tangan untuk mencuri, dan 40 sebatan adalah untuk tuduhannya ke atas Allah SWT"
Ini adalah dalil yang jelas bahawa, kesalahan kita adalah tanggungjawab kita sendiri.
Lelaki itu, boleh sahaja memilih untuk tidak mencuri. Allah memberikannya ikhtiar. Tetapi dia memilih untuk ingkar kepada Allah SWT dan melakukan kejahatan dengan sengaja.
Dan siapa yang mengetahui takdir Allah?
Tiada siapa mengetahui.
Justeru, bagaimana alasan bahawa: "Allah dah takdirkan aku macam gini, jadi orang jahat" itu boleh dipakai?
Pengajaran Pembunuh 100 Orang
Saya suka dengan kisah pembunuh 100 orang. Dia telah membunuh 99 orang. Kemudian dia hendak bertaubat.
Lihatlah. Dia telah membunuh 99 orang. Tidak pula dia menyalahkan Allah SWT atas tindakannya membunuh 99 orang itu.
Bahkan, dia bergerak pula hendak bertaubat kepada Allah SWT. Lihat usahanya itu. Lihat kehendaknya itu.
Sampai kepada seorang alim, alim itu berkata bahawa, orang sepertinya tiada harapan. Oleh kerana marah, dia membunuh pula orang itu, mencukupkan pembunuhannya kepada 100. Tetapi selepas itu, dia mencari lagi jalan untuk bertaubat.
Lihat. Walaupun seorang alim menyatakan kepadanya bahawa dia telah tiada harapan, dia tetap berusaha. Lihatlah kepada dia ini. Adakah dia berkata: "Memang Allah dah takdirkan aku begini"???
Akhirnya, dia bertemu dengan seorang lagi alim. Dan orang alim itu berkata bahawa lelaki itu perlu meninggalkan suasana yang tidak membina. Maka ditunjukkan satu perkampungan yang boleh memberikannya suasana untuk bertaubat.
Maka bergeraklah lelaki itu. Tetapi di tengah perjalanan, dia meninggal dunia. Meninggal dunai tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang berusaha untuk bertaubat.
Dan dia dimasukkan ke dalam syurga. Kisah ini boleh didapati dalam Sohih Muslim dalam bab Taubat.
Lihatlah bagaimana Allah membalas usahanya. Dia tidak sempat pun bertaubat.
Tetapi dia tidak berputus asa untuk menebus dosanya. Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar.
Dia berusaha dan berusaha tanpa menuding jari kepada itu dan ini. Dia tidak pula memberikan alasan bahawa takdir tidak menyebelahinya dan dirinya sudah ketagih, tidak berkemampuan dan sebagainya.
Tetapi dia berusaha. Dia menggagahkan dirinya. Dia berusaha merapat kepada Allah SWT. Dia tidak memilih untuk lemah. Dia tidak memilih untuk semakin jauh daripada Allah.
Lihatlah dia.
Penutup: Pandanglah Kepada Diri. Diri Itu Yang Perlu Diperbaiki
Pokoknya, ketidak mampuan kita bukan alasan. Allah juga tidak pernah bersalah dalam hal ini. Tetapi diri sendirilah yang perlu dipersalahkan.
Mengapa memilih jalan sedemikian? Mengapa tidak berusaha sehingga habis hayat?
Mengapa tidak bergerak mendekati Allah dengan sepenuh kekuatan? Soalan-soalan ini perlu dilontarkan kepada dalam diri kita.
Perhatikan diri kita.
Yang bersalah hakikatnya adalah kita.
Kita yang memilih jalan kefasadan.
Dan siapa kata kita tidak boleh keluar?
Allah kah kata? Adakah kita mengetahui?
Hakikatnya, kita yang memilih untuk terus kekal dalam kerosakan.
Justeru, siapa yang memilih untuk keluar?

˙·٠•●❤ MENANTI SI SOLEH ❤●•٠·

Jika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi b'usahalah menJADI yg SOLEHAH.Jika inginkan yg SOLEHAH, jgnlah cerewet menCARI yg SOLEHAH,tetapi berusahalah menJADI yg SOLEH.Bertemu yg solehah,solehahnya dia belum tentu KEKAL.Bertemu yg soleh,solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.Perkahwinan adalah sebahagian drpda proses utk MENJADI,bukan MENCARI..

subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..(T__T)

"orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu"..subhanallah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..

aku tak tahu apakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bagi bertemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sentiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapt brtemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mngimpiknmu mnjadi zaujku"..amin ya rabbi..



ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati(qolbi)..

aku yg jahil : apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?
qolbi : seseorang yang soleh pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi solehah..

aku yang jahil : masya Allah, astaghfirullah...apakah dia masih setia menunggu aku?
qolbi : segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..apakah aku kini masih berpeluang utk melamarnya?
qolbi : sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T.. 
 



aku yang jahil : astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai dia yang soleh sedangkan aku masih jahil dan tidak solehah lagi?

qolbi : bukan kamu yang memutuskan apakah kamu solehah atau tidak..tetapi Allah S.W.T..tugas kamu hanyalah berusaha menjadi solehah, bukan membuat keputusan yang kamu solehah..selagi mana kamu memikirkan apakah aku solehah atau tidak, maka selagi itu lah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, apakah aku bisa mendapat hawa yang rajin beramal ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T. 


aku yang jahil : subhanallah..apakah boleh aku niat dihati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang soleh?
qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui dari mu apakah amalan mu itu diterima atau tidak atau bagaimana...tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu pada-Nya..bukan mempersoalkannya..
 

aku yang jahil :
 astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...
qolbi : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamanya..

aku yang jahil : astaghfirullah..syukri fillah...

wallahua'lam..

"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin..

Sunday, February 20, 2011

Aku mencintaimu kerana ALLAH


"..aku mencintaimu kerana semangat perjuangan agama yang ada padamu..jika hilang semangat perjuangan agama padamu, maka hilanglah cintaku padamu..


Aku mencintamu kerana Allah..
Adakah namamu yang tertulis di Luf Mahfuz sna..
Ya Allah tabahkan hatiku menghadapi ujian dan cabaran yang mendatang...

Sedang aku terfikir..
adakah hebatnya cintamu bila ku berikan hati ini..
Adakah engkau bisa memberikan cinta yang hebat seperti cintaNya?
Apa kelebihanmu jika aku ingin jatuh cinta kepadamu..
Apakah engkau bisa membahagikanku seperti mna DIA membahagiakanku dengan cintanya yang sentiasa mewangi?
 Adakah cukup bagimu memberiku bahagia dengan jalan yang tidak diredhaiNya?
Ya Allah janganlah engkau pesongkan hatiku untuk mencintai yang lain selainMu..
Hanya cintaMu yang ku damba..

Bukanlah aku membenci cinta antara kita..
tetapi aku ada matlamat lebih utama dalam menggapai cinta..
mencari cinta yang tidak ada bandingnya..
Bukanlah aku tidak ingin mencintaimu..
Bukanlah aku tidak ingin cinta darimu..
tetapi aku ingin merasai nikmat cinta hakiki..
sebelum cintaku dijaja..
Aku ingin menjadi wanita yang bahagia..
sebelum aku merasa cinta suci dari engkau di dunia..


Tidaklah aku mahu engkau kecewa..
melihat aku sudah berpunya..
Dipunya oleh Sang Pencipta..
Yang Maha Hebat cintaNYa..

Tidaklah aku mendamba engkau mencintaiku..
seperti mana cinta Muhammad kepada Khadijah..
Cinta Yusuf dan Zulaikha..
Bukan jugak cinta Shah Jehan dan Mumtaz
Di agungkan dengan Taj Mahalnya..
Tetapi aku mendamba cintamu tulus
dari hati yang inginkan redha illahi..

 

YA!! Aku mencintaimu kerana Allah
Kerana cinta itu tulus dari hati yang suci
mendamba yang hakiki..
Ku mengharap engkau mengerti..
Kerana diri ini sudah di miliki..

Tetapi jika engkau meredhai..
aku pasti menjadi milikmu nanti..
hingga jannah kekal mewangi..
Disirami cinta yang hakiki..

Friday, February 18, 2011

Cerminan Diri | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Cerminan Diri | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, February 17, 2011

Pesanan Untuk Lelaki








Pesanan Untuk Lelaki- Utk Mencari Calon Isteri


Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. 

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”. 


Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. 


Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. 


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya. 


Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising. 


Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

BILA AL-QURAN MULA BEBICARA



Waktu engkau masih kanak-kanak..kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra
 
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu 
di surau.....
 
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang kala engkau lupa baca pembuka surah-surahku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan! .
 
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
 
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
 
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu!
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
 
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
 
Sekarang engkau begitu leka membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....kubur yang setia menunggumu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
 
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah dan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
 
Peganglah Aku kembali.... bacalah aku kembali setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla !
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
 
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan sendiri....
Dalam bisu dan sepi...


 
 
 Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Semoga bermanafaat..